top of page

TENTANG SAYA

  Nama diberi ialah Norfatiah Binti Salim. saya dilahirkan pada 11 disember 1994. saya berasal dari Bandar Melaka, Melaka. Saya anak kelima daripada enam adik beradik. saya bersekolah di SMK Tun Mutahir semasa SPM dan bersekolah di SMK Munshi Abdullah semasa STPM. kini saya belajar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan telah mengambil jurusan Kesusasteraan Warisan. Sepanjang saya belajar di UMK ini banyak pengalaman yang telah saya lalui. saya berpengalaman dalam membuat Wind Vane ketika mengambil subjek asas Reka Bentuk Produk. kemudian, saya juga berpengalaman dalam membuat lukisan, dan origami. Selain itu,  saya juga berpengalaman dalam menghasilkan cerita komik dan sebagainya.  

 

 Semasa zaman sekolah juga saya berpengalaman dalam menghasilkan lukisan dan kad 3 Dimensi (3D) untuk projek seni visual SPM dan telah mendapat keputusan yang cemerlang bagi subjek tersebut. kemahiran lain yang ada pada saya ialah kemahiran menggunakan aplikasi Adobe illustrator, Phtoshop dan lain-lain lagi. 

​

 Saya juga boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Spanyol sedikit. kemahiran Bahasa Sepanyol ini saya perolehi daripada pengambilan subjek tersebut di Universiti selama 2 semester.

Hobi Saya

     Hobi saya adalah membaca buku, terutamanya sekali ialah novel dan buku cerita berkaitan dengan cerita sejarah. Selain itu, saya juga suka menonton filem yang penuh dengan aksi. cerita kegemaran saya adalah filem Harry Potter. selain itu juga, saya turut meminati cerita-cerita anime. antara cerita kegemaran saya ialah Dragon Ball Z, Narutto dan Fairy Tail. dengan menonton cerita tersebut saya dapat mengurangkan tekanan kerja yang saya hadapi.

bottom of page